Wednesday, October 13, 2010

Something to share wit U!


Heee..saya adalah m'copy saja dari I Luv Islam! (^_^)

Take note eh kt yg di 'HIGHLIGHT' kan..sbb...nice word kot..emm..sy suka artikel ni sbb sependapat..ceewahh! hee



*Sweetnyaaaa* `~~wink~~


Ketika kedua suami isteri itu baru berpindah ke bandar, hidup mereka penuh ceria, penuh dengan gurau mesra.

Ada masa makan bersama, ada masa solat berjemaah bersama.

Walaupun pendapatan masih kecil kerana perniagaan yang mereka usahakan belum menjadi, tetapi mereka mengharungi kehidupan dengan seadanya.

Sikap saling memahami dan bertimbang rasa jelas terpancar.

Di kejauhan malam atau pada awal pagi sudah kedengaran suara mereka berdua bergurau dan berbual dengan mesranya.

Minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhirnya beberapa tahun mula berlalu. Perniagaan kecil-kecilan yang diusahakan dahulu semakin maju.

Untuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang, suami adakalanya pulang lewat petang. Manakala si isteri yang juga memulakan pernigaannya sendiri pun semakin sibuk.

Anak-anak pun semakin jarang bertemu dan berbual mesra dengan mereka berdua.

Namun, alhamdulillah keadaan ekonomi keluarga bertambah baik.

Mereka telah berpindah dari rumah yang sempit ke rumah yang lebih luas. Sekarang keluarga itu telah memiliki kereta yang besar.

Bukan sebuah, tetapi dua buah – sebuah untuk suami, sebuah lagi untuk isteri.

Entah kenapa, kemesraan yang dahulu semakin hilang.

Suami semakin leka dengan kawan-kawan seperniagaan dan pelanggannya. Manakala si isteri juga sibuk mempromosi produk jualannya.

Solat berjemaah, makan berjemaah yang dulunya menjadi tradisi semakin jarang dilakukan.

Apatah lagi untuk melihat suami memberi sedikit tazkirah untuk anak-anak dan kemudian keluarga itu saling bermaafan bersama seperti dahulu... hampir tidak pernah lagi.

Benarlah kata bijak pandai, apabila kita mendapat sesuatu, maka pada masa yang sama kita akan kehilangan sesuatu.

Kita tidak akan dapat kedua-duanya pada satu masa.

Justeru, pesan bijak pandai lagi, pastikan apa yang kita dapat lebih berharga daripada apa yang kita hilang.

Keluarga tadi mendapat apa yang mereka cari kemewahan dan keselesaan hidup, tetapi pada masa yang sama mereka sudah hilang kemesraan dan keharmonian dalam kehidupan berumah tangga.

Jika ditanyakan kepada hati nurani kita yang paling dalam, antara keduanya yang mana lebih berharga? Kemewahan hidup atau kerukunan rumahtanga? Tentu kita akan menjawab, kerukunan rumahtangga.

Bukankah kita mencari rezeki dan segala kemewahan hidup untuk membina sebuah keluarga yang bahagia?

Jika si suami ditanya, untuk apa kamu bertungkus-lumus bekerja siang dan malam?

Tentu jawabnya, kerana isteri aku! Begitulah juga jika ditanyakan kepada si isteri, tentu jawabnya kerana suami.

Dan jika ditanya kepada kedua ibu-bapa itu, untuk apa mereka berusaha, nescaya kita akan dapat jawapannya... demi anak-anak.

Malangnya, mereka dan kita sering tertipu, betapa ramai yang melupakan isteri, meminggirkan suami dan mengabaikan anak-anak semasa mencari kemewahan dan keselesaan hidup?

Kita sering terlupa yang kemewahan hidup - harta, rumah, kereta dan sebagainya bukan matlamat tetapi hanya alat dalam kehidupan ini.

Kita memburu alat untuk mencapai matlamat.

Ertinya, harta dan segalanya itu adalah untuk membahagiakan rumahtangga kita. Begitulah sewajarnya.

Namun, apa yang sering berlaku adalah kita sering tertukar. Alat jadi matlamat, matlamat menjadi alat.

Kebahagian rumahtangga sering jadi pertaruhan dan acapkali tergadai dalam keghairahan kita memburu kemewahan hidup.

Kita berkerja demi anak-anak, anehnya anak-anak kita abaikan semasa bertungkus lumus bekerja. Kita tidak sedar. Kita terus memburu dan memburu.

Bangun dari tidur, berkemas dan terus bekerja. Hampir senja baru pulang. Tidak cukup dengan itu ada lagi kerja yang kita bawa pulang ke rumah.

Tidak cukup lagi, kita keluar pula bertemu pelanggan dalam kerja-kerja 'part time'.

Begitulah kita hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan dan akhir bertahun-tahun.

Tiba-tiba kita tersentak, mengapa kita sudah jarang menikmati senyum dan gurauan isteri?

Mengapa kita sudah jarang mendapat sentuhan dan belaian suami?

Mengapa ketawa dan gurau senda sudah semakin hilang dalam rumah tangga?

Pada ketika itu, hati yang degil masih mampu memberi alasan. Aku sibuk. Aku sedang mengejar kejayaan dalam profesionalisme.

Sedikit masa lagi, perniagaan ku semakin menjadi.

Nantilah, bila segalanya sudah stabil aku akan kembali serius membina keharmonian keluarga. Nantilah, aku akan ini, aku akan ini...

Begitulah selalunya diri kita memberi alasan. Hati memberi justifikasi yang bukan-bukan.

Dan kita terus selesa dengan alasan, biarlah suami, isteri atau anak-anak berkorban sementara, nantilah kita akan bahagia!

Jangan keliru. Bahagia itu bukan hanya di hujung jalan tetapi bahagia itu ada di sepanjang jalan.

Temuilah bahagia ketika kita mencarinya. Carilah bahagia yang di sepanjang jalan itu dengan menggenggam rasa cinta sentiasa dan selamanya.

Carilah harta, tetapi genggamlah cinta. Carilah kemewahan hidup tetapi peluklah cinta itu sekuat-kuatnya. Jangan diabaikan cinta itu walau sekelip pun. Maknanya, tunaikanlah hukum-hukum cinta dalam apa jua pun keadaan.

Hukum-Hukum Cinta

Antara hukum cinta yang paling diutamakan adalah: Cinta itu memberi, cinta itu mendengar, cinta itu berkorban, cinta itu tanggungjawab, cinta itu mendoakan dan cinta itu memaafkan.

Contohnya, jangan kesibukan menyebabkan kita jarang lagi memberi masa, perhatian, senyuman, nasihat dan doa kepada pasangan kita.

Jangan hanya mengucapkan kalimah-kalimah cinta yang bersifat 'kosmetik' semata-mata. Tetapi luahkan dalam bentuk perbuatan dan tindakan yang dapat dilihat dan dirasakan.

Dan paling penting, jangan sekali-kali diabaikan cinta suci yang menghubungkan cinta antara suami dan isteri.

Cinta itu adalah cinta Allah! Jagalah cinta kita kepada Allah, insya-Allah, Allah akan terus menyuburkan cinta kita suami isteri.

Allah akan berikan hidayah dan taufik ke dalam hati kita untuk terus berpegang pada matlamat.

Kita akan sentiasa beringat bahawa dunia dan segala isinya ini hanya alat untuk memburu cinta Allah. Dan hanya dengan memburu cinta Allah maka cinta kita sesama suami isteri akan dikekalkan-Nya.

Dunia ini umpama lautan, ramai orang yang memburunya ditenggelamkan.

Dunia ini menipu daya, ramai pula manusia yang ditipunya. Betapa ramai orang yang memburu dunia dengan menggadaikan sesuatu yang menjadi miliknya yang sangat berharga.

Iman, kasih saying, cinta sering dilemparkan orang dilitar perlumbaan memburu dunia.

Dunia tidak salah, selagi kita memburunya dengan niat untuk beribadah. Kita jadikan dia alat untuk memburu kebahagiaan akhirat.

Jadilah dunia umpama kebun yang kita pagar, kita bersihkan dan kita tanam dengan pohon-pohon kebaikan yang hasilnya kita tuai di akhirat.

Jadilah dunia umpama jambatan yang kita lalui.

Pastikan ia teguh, kukuh tetapi kita tidak akan berlama-lama di situ... ia hanya jambatan. Tidak ada orang yang membina rumah di atas jambatan. Rumah kita yang hakiki ialah di syurga.

Jika ada rasa-rasa itu di dalam jiwa ketika kita memburu karier, kejayaan dalam perniagaan dan apa jua aktiviti keduaniaan, insya-Allah cinta dan kasih sayang tidak akan diabaikan.

Orang yang ada di dalam hatinya cinta Allah, sentiasa ada ruang yang lapang untuk mencintai sesama manusia lebih-lebih lagi suami, isteri dan anak-anaknya.

Dengan cinta itu kita akan menyelamatkan semua keluarga kita daripada neraka akhirat.

Dan neraka di akhirat itu hanya akan dapat kita hindari jika kita berjaya menyelamatkan diri dan keluarga kita daripada neraka dunia.

Apakah neraka dunia itu? Nereka dunia itu ialah hilangnya kasih sayang di tengah-tengah rumah yang besar.

Pudarnya cahaya wajah dan ketenangan hati di tengah sinar lampu yang beribu-ribu ringgit harganya di tengah ruang tamu rumah yang besar itu.

Dan hambarnya perbualan di dalam kereta mewah yang sering bertukar ganti.

Yang ketawa ria ialah pelakon-pelakon di dalam filem yang kita tonton, tetapi hati kita semakin kosong, gersang dan sayu entah apa puncanya!

Lihatlah Rasulullah SAW. Betapa sibuknya baginda... tetapi masih ada masa berlumba lari bersama Aisyah isterinya.

Betapa besar perjuangannya... tetapi masih mampu meluangkan masa bersama isteri yang hendak melihat tarian dan permainan pedang di suatu Hari Raya.

Ketika baginda kaya, dikorbankannya harta... kerana baginda tidak kehilangan cinta.

Ketika baginda miskin... dihadapinya dengan sabar kerana di dalam hatinya tetap ada cinta. Baginda tidak pernah kehilangan cinta kerana di dalam hatinya ada cinta yang lebih besar... cinta Allah!

Ayuh Intai-Intai Semula

Justeru, intai-intailah semula cinta di dalam rumah tangga kita. Masih bersinar atau sudah pudar? Jika sudah pudar, ayuh muhasabah kembali di mana puncanya? Apakah yang kita garap hingga kita sanggup menggadaikannya?

Ayuh, lihat kembali 'di mana Allah' dalam rumah tangga kita? Di mana solat jemaah, di mana zikir, di mana tazkirah, di mana sadakah, di mana bacaan Al Quran...

Di manakah semua 'ayat-ayat cinta' itu dalam rumah yang mungkin sudah semakin luas, kereta yang semakin mahal, makanan yang semakin lazat, tabungan kewangan yang semakin banyak?

Dan pandang wajah isteri, renung wajah suami... tatap lama-lama.

Bila kita terakhir kita bertentangan mata dalam keadaan yang paling tenang, harmoni dan syahdu? Sekali lagi bila?

Bukankah mata itu jendela bagi hati. Pertautan mata petanda pertautan hati?

Atau kita hanya melihat sekadar imbasan, tolehan dan pandangan, tanpa ada rasa cinta, kasih, mesra, kasihan, simpati, empati dan lain-lain perisa hati?

Apakah kita secara tidak sedar telah bertukar menjadi 'haiwan berteknologi' dalam belantara dunia meterialisma yang semakin ketandusan cinta?

Lalu, di kejauhan destinasi ketika sibuk menguruskan kerja atau perniagaan, sudi apalah kiranya suami atau isteri menghulurkan gugusan doa-doa yang paling kudus untuk pasangannya?

Atau ketika dia pulang nanti, kita sapa tangannya dan bersalam penuh mesra lantas berdakapan dengan hati yang terus berkata-kata, "inilah teman ku di dunia untuk menuju syurga!" Inilah yang semakin hilang dalam rumah tangga kini.

Kita memburu tanpa sedar bahawa kitalah yang sebenarnya diburu.

Diburu oleh kesibukan yang tiada penghujung, keresahan yang tiada penawar. Kekosongan yang tidak dapat di isi. Kerana hati tanpa cinta... adalah hati yang mati!

Carilah cinta kita yang hilang. Insya-Allah kita akan temuinya semula cinta itu di tempat, suasana dan masa ketika kita mula-mula menemuinya dahulu.

Bukankah kita bertemu kerana Allah? Bukankah yang menyatukan kita kalimah-Nya?

Bukankah tempat termaktubnya lafaz akad dan nikah di rumah Allah? Kembalilah ke sana.

Carilah kekuatan itu semula. Tidak ada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa-Nya. Dan tidak ada hati yang paling waja hingga mampu bertahan terhadap tipuan dunia tanpa cinta.

Renunglah mata isteri atau suami mu, carilah cinta itu di situ. Masih ada? Atau telah tiada?

Dan kemudian genggam erat tangannya. Mari kita cari semula cinta yang hilang itu bersama-sama!

Sayang... di kejauhan ini
Ku sentuh hatimu dengan rasaku
Debarnya debar cinta
Denyutnya denyut setia
Ku usap air matamu yang jernih
Dengannya ku sulamrasa kasih
Kutatap matamu yang duka
Di situ kutemui makna rela
Sayang.. dikejauhan ini
Ku sapa salam setiamu
Ku sambut senyum mesramu
Onak, duri dan jeriji besi ini
Tak kan menghalang bicara
... rasa kita berdua
Sayang, sayang, sayang,
Semakin terpisah...
cinta kita semakin indah
Semakin jauh...
kasih kita semakin kukuh
Kita boleh hilang segalanya
Namun kita tidak mampu kehilangan cinta!


Tuesday, October 5, 2010

*Ku Mengharap Cinta Mu*



Diri ini sering resah gelisah,
Acap kali aku tak mengerti,
Apa yang dicari selama ini,
Rintihan jiwaku tiada siapa yang peduli...


Dalam pencarian ku,
Keimanan dipertaruhkan,
Dimanakah damai yang hilang,
Adakah di balik pelangi?...


Terkadang langkah ini rapuh,
Leka dibuai mimpi cinta manusia,
Dalam tak sedar apa yang didamba,
Kerna aku terpesona indahnya fatamorgana dunia...

Dibumi bertuah ini,
Aku menyedari walau sepantas mana ku berlari,
Sejauh mana pun ku melangkah,
dan segagah apa pun aku berdiri,
Aku lemah tanpa Mu...


Detik yang bersisa,
Aku menyesali kealpaan diri,
Maafkan lah..
Kerna hati tak sempurna menyintai Mu,
Meski yang ku harap, Hanyalah cinta Mu Ya Rabb...
Kerna disitulah damai ku...



Nota hati : Ya Ilahi..labuhkan cinta ku hanya padaMu..."Innallaha Yubarik li wa hayati"-amin-


Ikhlas min Qalbi~Puteri Bertasbih~
Bersiaran dari Sabak Bernam (^_^)

Friday, September 24, 2010

mY sTet..H.I.L.A.N.G



Hee..ni bukan stethoscope saya..mine is grey kaler..ada sapa2 jumpa x?? but i wish one day..this will be mine!! hee
*eh eh..asal mood cam suka je ni ek? mindless*


Ketuk ketuk kepala..adehh
huuu..sy sedih

Saya perlukan stet sy balik..

Isnin
Selasa
Rabu
Khamis
Jumaat

Saya ada exam...................................
Hmm..nk beli.......sok?..kedai tutup sbb cuti umum kt India ni
Lusa..ahad..pun kedai tutup

nak pinjam kawan...suma org pun nk guna at the same time

Pinjam kat senior.......diorg dh balik cuti

Junior pun cuti jugaa

Isnin dh exam.....................hmm..ley tak time exam tue.."Dr..may i borrow ur stet?? "

aiyakk!! i'm digging my own grave....Mindless..again??



Xpelahh..ni suma duniawi je kann..huu.. Jomm jom joget lambak
~~ ewahh..cam reti je~~


Baik lah..sy nk masuk tido...byeee


*************************

Takde lah..iye iyee sy kene study!!


Channagi dera India! *Selamat Pagi India!*

Nota hati : Emm..tiba-tiba ada sorang kawan sy ni x lagi seperti biasa..dia tak lagi seramah dulu...xde lagi sapaan-sapaan kiut dari die n xde kata-kata perangsang die utk sy lagi..busy agaknye...err..atau dier marah kat sy? Hmmm..klu betul..sy minta maaf sgt2..Xpelah..Sy harap dia heppy2 selalu!
nahh nie utk awk --<--@!


Wednesday, September 22, 2010

Sunday, September 19, 2010

♥♥♥Super L.O.V.E !!! ♥♥♥

Kami addicted kat 3 cite nie!! kmi bg 10 bintang kat cite niee..mai2 la tgk sama..tp kmi dh khatam la tgk..hee

1) Prosecutor Princess
2) Surgeon Bong Dal Hee
3) Kau Laksana Bulan



Surgeon Bong Dal Hee



p/s: Semoga kmi mempunyai ketabahan n spirit cam surgeon dlm cite nie..I wish..i'll become good surgeon one day..Insyallah


Prosecutor Princess



p/s: Ley tgk kat My soju or Dramacrazy. com jugaa (^_^)




p/s: hmm..kmi suka cite ni..hmp taw lah kmi cmna kan..hee..mai la tgk sama2!!

Friday, September 17, 2010

~Hapdating Raya!! ~

Malam Raya (10hb September 2010)

- Kami sume dh di bagi tugas masing2 untuk wat persiapan hidangan Open house untuk batch kmi pada Hari Raya Pertama..reja kmi masak kuah kacang, kuah lodeh n wat cheese cake..wlpn x brp sehat..kmi gigih kan wat gak kerana mu Hari Raya!! ceewah..hee



Taraa..ni lah one of the Cheese cake buatan kmi di malam raya..hat ni ja ada tulisan Selamat hari raya..tp rasa die sedap taw! haha..emm yg len xmo buat dah..huduh sgt kan *malu nk ngaku* huhu


Malam raya tue gak...time pre-raya...pakai lawa2 pi bakaq sate..hehe..sate ni sgt sedap ok!!

Pagi 1 Syawal

Hujan renyai2 tak berhenti dari pukul 7 pagi sampai 11 pagi...suma yg pi surau untuk Solat Sunat Aidilfitri cam mangsa banjir ja gaya..hee..


Nielah surau kami..cantik dak?? hee


Breakfast yg disediakan kat surau..roti sandwich ngn cake...kmi bantai gak makan wlpn kat umah sblm pi surau kmi dh pekena nasi himpit ngn kuah kacang..rasa kebuluq la time hujan2 nih..hee


Sesi Photographi...hee..usah di cari mana kmi..sbb mmg xdak..kmi segan nk pi bergambaq sbb suma org pakai lawa2..kmi pakai telekung jaa..hiii

Jam 11 pagi
- Pi 1st open house Sadhanarian..suma org dijemput datang...makan lagi!!


Menu Special
1) Nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh, sambal sotong, rendang, kari ayam, serunding n lemang
2) Cheese cake, biskut2 raya, kek coklat n puding karamel.


* muka org makan banyak ngat*

Jam 3 petang

-Pi 2nd open house umah senior lak..suma umah dekat-dekat ja..walking distance 2 minute..hii



Spesel Menu
1) Nasi himpit, rendang, nasi hujan panas, roti jala ngn kuah kari( paling sedap!)
2) Kuih karipap, kuih seri muka, puding koktail n biskut raya..


Nasi Hujan panas Spesel! sedapp


Umah depa paling meriah dihias..naseb bek xdak competition ja..klu tak mesti menang kan..hee

meh..kita tgk sket senior2 yg x balik raya nih..hee..terpaksalah kmi jadi cameraman..huu

Jam 8 malam

-Pi open house yg ketiga..Sanjaynagarian Open House..


Ishh..x larat dh la nk tulis menu..hmpa tgk la naa..yg penting ada sate n nasi ayam yg superb!


umah depa lagi best..siap pasang bendera..hee



2 Syawal

Jam 12 tghri

-Pi Open house Rahguramarian..hee..

Spesel menu..kek coklat yg kiut tue n nasi minyak yg wat kmi makan 2-3 pinggan..hee



Akhirnyaa tamatlah sesi Open house dikala Hari Raya nie..macam raya ni untuk makan je kan..hee

Hmm..back to normal life..routine life..no more enjoy! mai2 baca buku..nak exam dah..huuu tata (-_-)

Thursday, September 9, 2010

Anugerah Aidilfititri


Edisi Raya in Bangalore 2010

"For things i did wrong, for words which might hurt, for jokes u can't take, and for advise u can't accept..ampun maaf dipinta "~


"SALAM AIDILFiTRI MINALAIDIL WAL FAIZIN buat family di Malaysia, saudara mara n semue kawan2 dimana sahaja anda berada..!"

♥♥♥ Lebiuuu ♥♥♥

Saturday, August 28, 2010

Walimatulurus

Hee..ini bukan Undangan ke Majlis perkahwinan taw..
jgn pi plak naa..haru satgi!! ni lah kwn kmi kat cni yg nak kawen bln 10 ni Insyallah..doakan depa naa..

Spesel entry

Pengantin picture (^_^)




Hmm..sebenaqnya kmi just nak show off kat hmp hat inilah Wedding invitation card yang kmi wat untuk kawan kmi..hiihii..cantik dakk??



p/s:
i) Sapa2 berminat utk mendapatkan perkhidmatan kmi..jgnlah segan silu naa..hee..klu kawan baek..kira free saja..tp xtaw la bila tahun ley siap..kihkih..
ii) la ni kmi manyak wat benda merepek..buku tak bukak pun..x inggt nak exam laa..duk galak menjahit baju raya la ni!! yala..beraya kat India xdak baju raya..huu

Sayonaraa..











Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan A-Mubarak

Alhamdulillah..
la ni dh masuk 2nd half bulan Ramadhan..sat ja kan rasanya...
Mailah sama-sama mencari
"Laylatu l-Qadr" di 10 malam terakhir..Insyallah

Dalam bulan Ramadhan ni kita suma berlumba-lumba meningkatkan amal ibadah terutamanya dalam hal solat..bukan saja solat fardhu..bahkan solat-solat sunat terutamanya solat terawih..

Seruan untuk diri saya dan juga suma umat Islam..mailah kita memperbetulkan cara kita menunaikan solat supaya solat kita lebih sempurna dan tartil..saya tidaklah bermaksud cara solat yang kita lakukan setiap hari adalah salah..tetapi dalam tak sedar..banyak kesalahan yang kita lakukan dalam menunaikan solat..nampak simple kan..tapi ianya sangat penting..

Allah berfirman: "Maka celakalah orang yang bersolat, yakni mereka yang lalai di dalam solatnya"

Hadith Kepentingan Menjaga Solat :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ” Riwayat at-Tirmidzi


Semoga Ibadah kita di terima oleh Ilahi..Insyallah..


Cara-cara menunaikan solat

1. Berdiri betul mengadap kiblat, lafaz niat dan takbiratul ihram (sambil berniat di dalam hati).

# untuk perempuan, sila perhati betul2 kedudukan tangan ketika solat.


2. Qiam (meletakkan tangan antara pusat dan dada, dan membaca doa iftitah
uk.
3.Rukuk
# untuk perempuan, ketika rukuk tangan hendaklah rapat ke badan. Ianya tak sama dengan lelaki ketika solat.


4. I'tidal (bangun daripada sujud).

5. Sujud.

6. Duduk antara dua sujud (duduk iftirasy).

7. Tahiyyat Awal.

8.
8. Tahiyyat akhir & Salam

# ketika salam, pastikan ketika anda menoleh ke kiri dan ke kanan..anda dapat melihat apa yang ada di belakang anda..wauhualam


"Sesungguhnya akhlak yang baik lahir dari solat yang sempurna. Seandainya solat mu tidak mampu membentuk akhlak mu..maka tidak sempurnalah solat sesorang itu"

Friday, August 13, 2010

Sweet Escape!

5hb August 2010

Flying without wings by Airasia..hee
7.oo pm : boarding at Bengaluru Airport
1.30 am : Landing at LCCT


7hb August 2010

Semek ni nyer convo kat UM..hee..Congrat!!





My luvly granny...lebiuuu


half of my Family


Haiyaa..wa bu shi tao kinapa ini gamba jadi ini macam maa..hehe

11hb August 2010

Return to India at 4.30pm (waktu India)

1st pose in M'sia( bersahur sakan ni..hii)
sampai India sy makan..sbb still 30 syaaban..haram pose..

nota hati 1 :
Tomorrow i'm going to take Ortho exam..study2!! huhu..sweet escape la sgt! blk m'sia with illegal cuti time posting orthopedics..siap la hang faizah!!! plus i got fever lagi..what a nice combination!

owhh..ye..one of my frens ask me" biasa eh ponteng balik M'sia?" huhu..soklan menikam kalbu nihh...okehh, this is my first time ok! (emo lak tetiba kan...dah mmg salah pun..redha jelaa..hehe)

nota hati 2 : Salam Ramadhan sumaa..puasa eaa..jgn tak pose!! hee (^_^)