Bismillah...
Eheh, ini bukan promo Wintercamp naa, promo dah lama tamat dah, program pun dah habis, meletup jugak promo Winter camp kat Bangalore nie.. Mabruk buat yang berkenaan. ^_^.
Notes ni adalah sebagai guidance pe yg sepatutnya kmi dpt dlm penglibatan Wintercamp nie. InshaAllah.
Kita dilahirkan sebagai Islam. Membesar dalam masyarakat Islam. Kadangkala, apa yang diamalkan atas nama Islam telah menjadi rutin. Menjadi budaya ataupun adat kebiasaan. Kita juga mengaku kita Muslim, menunaikan rukun Islam dan percaya terhadap keenam-enam rukun Iman. Tetapi kadang2 kalau diteliti dari segenap inci, adakalanya kita seolah-olah tidak mengikhlaskan diri untuk Allah dalam melaksanakan tuntutan Islam sebagai Deenullah yang sangat luas erti dan tafsirannya ni.
Kita miliki panduan, petunjuk; al-Qur'an. Tapi undeniable yang kebanyakan isi al-Qur'an itu sendiri belum dapat kita mengertikan, dan 'roh' serta tujuan al-Qur'an tu yang diberikan kepada kita melalui nabi SAW macam tak sebati dalam kehidupan kita, seolah-olah tak terbekas di hati.
Untuk membuat anjakan paradigma; cara kita memandang kehidupan ini dan merelatekan segalanya dengan Penciptanya, tentunya mengambil masa yang lama. Paradigma tidak berubah sekelip mata. Dengan izin Allah jua.
dan hidayah itu datang dengan pelbagai cara. Terpulang kepada individu melihatnya dengan mata hati. Hidayah melalui pencarian. Hidayah melalui ujian! Usaha dimulakan sedikit demi sedikit, syaratnya istiqamah.
Rintangan, ujian dan halangan memang banyak. tetapi itulah sunnah. Sunnah orang berjuang. Berjuang menentang diri sendiri. Berjuang menempuh rintangan.
Tanpa ujian sebagai permulaan, tanpa pencarian diri dan Islam, sukar bagi kita untuk menjatuhkan ego sendiri bagi membentuk diri ke arah yang lebih baik. Malah, membaiki kesilapan lalu. Sgtlah sukar..tapi bknlah bermaksud x payah..
Perubahan juga tidak berlaku dalam sekelip mata. Bergantung kepada masa. Bergantung kepada izin Allah jua. Namun, Allah tidak pernah meninggalkan hambaNya. Bahkan Allah lah yang paling dekat tatkala hambaNya memohon padaNya. Cuma, hamba ini yang alpa berusaha. Astaghfirullah!
Mungkin kita tidak dilahirkan dalam keluarga ustaz mahupun imam, namun, jangan kita lupa.
Syarat untuk berubah adalah diri sendiri!
Apabila balighnya anak Adam itu, maka mereka mampu berfikir. Mampu untuk membezakan mana yang baik dan buruk. Mampu untuk mencari diri dan Islam.
Berperanglah dengan diri sendiri untuk berubah. Berjuanglah walaupun sukar kerana kesukaran itulah sunnah.
Apabila wujud kemahuan untuk berubah, jangan mudah menyerah kalah. Membina diri ibarat membina bangunan. Andai tergopoh-gapah dan menggunakan short-cut, alamatnya robohlah. Tidak bertahan lama!
Sama-sama kita bersabar, jiwa muda. Selepas membina, cabaran untuk mempertahankannya pula. Mempertahankan iman dan Islam sehinggalah kita mati kelak.
Ujian datang dan pergi. Mata hati yang celik membuatkan diri mencari. Akhirnya membentuk diri. Sebelum pulang menuju ilahi.
Syaratnya diri sendiri!
moga Allah permudahkan urusan, buka minda buka hati dan moga camp ni menjadi platform utk initiate turning point, inshaAllah..
Berusahalah sikit-sikit, asalkan istiqamah. kalau terbabas, inshaAllah kita mintak tolong Allah jangan jauhkan kita dari rahmat Dia. semoga dapat kembali ke atas track sebenar.
Selamat Mencari!! Sesungguhnya dalam hidup ini..kita haruslah mencari n terus mencari..Ilal liqa' (^_^)
No comments:
Post a Comment