Thursday, June 3, 2010

Sun Rising from The West



Mesti dah ramai baca pasal news ni kan..this entry just a thought actually (^_^)

Mungkin keterlaluan jika saya katakan kita terlalu percaya kepada ramalan. Mungkin boleh didengari dan dikaji tetapi tidak lah taksub hingga kita lupa yang Allah yang Maha Bijaksana dan mengatur segalanya...

Let's taking a good part of it...buktinyaa

Seorang classmate saya, suatu hari datang duduk disebelah saya lalu bertanya adakah bajunya kelihatan ketat?? dan dia mengadu bahawa dia tidak mempunyai baju-baju yang longgar..hmm..saya rasa hairan sebab itulah pakaian dia sehari-hari..plus dia hanya memakai tudung jika pergi ke claz sahaja...

ehh..ehh..terasa sangat skema lak cite ni..hee

ok..ok..sambung balik..

dia mengajak saya untuk membeli kain membuat baju kurung..dia mengatakan bahawa selepas ini dia hanya akan memakai baju kurung sahaja, akan memakai dan melabuhkan tudung, dan tidak memakai pakaian yang seksi-seksi lagi..ALHAMDULILLAH..

errr...tp ini mendatangkan hairan...tapi saya tak bertanya apa-apa sampailah suatu hari dia bercerita yang dia sangat takut lepas membaca article yang saya forward di email mengenai SUN RISING FROM THE WEST..dan dia ingin berubah menjadi hamba ALLAH yang solehah..

yeahh..that's the good part

even adalah juga dia mengatakan nak kawen cepat-cepat, nak beli kereta dan banyak jugalah hal-hal dunia ini yang ingin dikejar...katanya takut tak sempat..

saya tergelak dalam hati bile dia kata camtu...tapi betul juga kan..kan..hii

Agak konpius tentang niat hijrah dia..marilah kita amek yang baik daripadanya..pada saya, at least berita nie initiate turning point untuk dia berubah kepada yang lebih baik..yang lain-lain..Insyallah boleh diperbetulkan perlahan-lahan..kalau tak pandai cakap..risau orang salah paham dan meninggalkan segala hal-hal dunia sedangkan nabi mengatakan...

Carilah harta dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi, Beramal dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya.

Kita takkan tahu bila hari pembalasan itu tiba...kerana ia adalah ilmu ALLAH...terlalu mempercayai ramalan..bimbang menjadi syirik..

Sesungguhnya kiamat itu pasti...betulkan lah niat iaitu yakin akan janji dan kuasa Allah serta takut kepada seksaan-Nya..

okehh kawan-kawan!! (^_~)


Mai kita lihat plak Al-Quran dan bencana gempa bumi yang berlaku baru-baru ini.. Mungkin ianya petanda kiamat?

Dan kami tidak membinasakan suatu negeri melainkan sudah ada ketentuan yang ditetapkan baginya
(Al Hijr 15:4)


Dan jika kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah ketika itu (agar mentaati Allah), tetapi apabila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman kami), Kemudian Kami binasakan semua sama sekali (negeri itu)
(Al Isra 17:16)


Dan tidak ada satu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz)
(Al Isra 17:58)


(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan pengikut Firaun dan orang-orang yang sebelum mereka. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya.Sungguh, Allah Maha Kuat lagi sangat keras siksaanNya.
(Al Anfal 8:52)


Perhatikan pula waktu kejadian gempa bumi yang berlaku..


Tasik 15:04
Padang (gempa pertama) 17:15
Padang (gempa kedua) 17:58
Jampi (keesokannya selepas gempa di Padang) 8:52


Tanda-tanda yang diberi cukup untuk menyedarkan kita betapa kita sudah bersedia atau belum.. Bukan saja menghadapi kiamat dunia yang pasti akan berlaku, tetapi juga kiamat untuk diri kita sendiri iaitu kematian..

Dan sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui seluruh isi bumi dan langit... Dia Yang maha Kuasa lagi Maha Hebat.. Dan kita perlu beriman kepada Allah, Malaikat, Kitab, Rasul-Rasul, Hari Kiamat dan Qada Qadar.

Salamunalaik...






No comments:

Post a Comment