Isu surau kami di Bangalore...(-_-)
Sekadar ingin berkongsi cerita...
18/7 /2010
Dengan kehadiran ramadhan dalam 2 minggu yang akan datang, kami amat memerlukan tempat yang lebih luas daripada f15 (surau sekarang ni) untuk kegunaan ketika solat terawikh.
Kami mempunyai cadangan iaitu – di tingkat 3 bangunan SPENCER DAILY berhadapan dengan bagunan City Super Market.
Orang tengah yang menguruskan bangunan ini adalah orang muslim, yang memang memilih kita (pelajar muslim) untuk menjadi penyewa.
Insya Allah masalah yang dihadapi ketika di F15 tidak akan berulang. Kadar yang ditetapkan pada perbincangan awal adalah rs 35,000 sebulan bagi banguan ini. Jika kolej sanggup membayar sehingga rs 20,000 sebulan Baki rs 15,000 adalah di bawah tanggungan pelajar.
Rs 15,000 / 400 pelajar muslim = 37.5 rupee seorang, SEBULAN.
Perlu diingatkan, kami juga perlu membayar DEPOSIT untuk 10 bulan (RS 3.5 lakh)
- Dengan perbincangan, pemilik membenarkan kita membuat bayaran deposit secara ansuran.
- Juga kos ubah suai dan alatan di dalam surau nanti.
- Oleh yang demikian, kos bagi peringkat AWAL ini agak tinggi. Kutipan sebanyak rs 100 akan di lakukan pada masa terdekat.
Pada hung bulan ini, (30/7/2010) diharap semua palajar dapat menyumbang sebanyak rs 200 seorang lagi.
JUMLAH DANA RS 1.2 lakh.
21/7 /2010
Pihak kolej memaklumkan yang mereka terpaksa menutup sementara surau F15 berikutan mendapat aduan daripada pemilik Shriram Sandhana. Pelbagai alas an diberikan penduduk tempatan yang mahukan F15 ditutup / tidak dijadikan tempat “mass prayer” (sembahyang ramai – ramai). Isu ini menyebabkan keperluan mendapatkan bangunan SPENCER DAILY lebih meruncing
23/7 /2010
Kutipan rs 100 daripada setiap pelajar muslim dilancarkan. Ini adalah sebagai modal permulaan dalam proses mendapatkan hak sewaan. Pihak kolej turut bersetuju untuk turut sama membiayai sewaan surau baru ini sehingga rs 20,000 sebulan dengan menutup F15. (akan rundingkan lagi harga ini iAllah).
Mesyuarat dengan pemilik akan diadakan bersama pihak kolej dan wakil pelajar bagi membuat kontrak sewaan.
nota hati: la ni kmi dah mengutip hampir Rs 10,000 dari budak batch kami...tp ada macam2 masalah juga..cedey juga bila ada yg mempertikaikan...mereka tak pi surau..awat nak kene byq jugaa..oklah..no offence sebenaqnya..hulurkanlah seikhlas ati..
Nota penting: - kutipan rs 300 (jumlah) ini diakui TIDAK cukup. Oleh yang demikian, sebarang bentuk sedekah, atau lain-lain dapat disalurkan terus kepada badan bertindak SURAU BARU / turut sama mencari badan-badan penaja / menyebarkan risalah.
No comments:
Post a Comment