Tuesday, June 23, 2009

Award Perempuan Melayu Terakhir..


La ni kmi dlm mggu kolej karnival..stat (19hb june 2009 - 28hb june 2009)..sepanjang mggu ni aktiviti pack sgt2..pg pi clinical posting..ptg kuliah n kdg2 test smp pkl 4.30ptg..pastu 5.30 ptg ada sport day..ada traditional game, indoor game..n salah satunya ladies nite..berlangsung pd 20hb june 2009..(lepas dh..hii)

hmm..ckp pasal ladies nite ni..kmi di assign kan untuk jadi project manager untuk ladies nite ni..mase dlm meeting IMSA..kmi tolak sebab kmi ada test n kmi dh plan xmo pi..tp kmi x dapat nk elak gak..huhu..kmi still kne uruskan pasal food utk proggrame tu even kmi xmo jd project managernyer..huhu..apakahh..

dipendekkan cite..

Pada hari 20hb tu..ditakdirkan Allah..pg tu kmi mpp ni terlibat dlm proggrame HOPE..taw dak kmi ponteng clinical posting aritu..huhu..smbg blk,programe ni adalah proggrame charity..hmm..next post kmi cite ngn lebey detail pasal proggramme ni naa..hee..

abes proggrame tu dlm pkl 2..alamak..food utk ladies nite kmi x wat pape lg..sggh kuang sopan kn kmi ni..huhu..nak kne sedikan dlm 200 org..emm pe lagi..smp umah ja kmi terus pi pasaq(market) nmenya Yeswantpur..kmi pi bli ayam n brg2 masak nk wat kari ayam..pastu kmi pi ja order 200 chicken noodles kat kedai nme Beriyani Hut..kmi wat kari tu sebagai backup ja kot2 lah ramai plak yg mai..kari makan ngn roti..pas kmi masak ngn bertungkus lumusnya..utk makan dlm 50 org ja..pkl 7.00 mlm..suma siap..kmi nk kne bawak nek atas bas lak nk bawak pi kolej..kmi sgt2 letih kot..jd kmi wat keputusan xmo pi ladies nite tu...mintak tlg mpp len arrange kt sna ja..huhu

pkl 9.30mlm...hp kmi bunyi.."salam izah kte ada problem ni..mee yg diorg anta tu suma dh basi?" huh?? kmi pe lgi..cuak kot..bru landing..huhu..dh la x pi..mknn wat hal lak..huhu..pastu kmi kata bg ja kari yg ada n roti..kwn kmi setel kt sna..n kmi pe lgi..siap2, call n pi jmp org kedai yg kmi order tu..mlm2 pun jd..

Adala sket bertekak ngn tuan kedai tu sbb depa x ngaku salah depa n kata salah kmi..apakahhh..haihh org india ni..sabaq ja la..pastu president kmi mai tolong..setel la sket..smp pkl 12 bru blk umah..dapat gak la gnti rugi blk..huhu..klu x matila kmi..sok plak test..ishh..haru sggh..kmi rse hdp kmi huru-hara..uwaaaaa!!!!

***
Dipendekkan cite..sbb kmi x pi ladies nite tu..soknya abes test adala kwn2 kmi mai congrat kat kmi..aihh..kmi pelik..depa ni perli ka pa pasal food semalam..cedey gak la kmi..kmi x tnyer pun awat depa congrat kat kmi smpailah.."wahh..faizah congrat2!!" perempuan melayu terakhir..hehe..kmi pun..huh?? awatnya nih..brulah kmi taw depa duk congrat sbb kmi dpr award perempuan melayu terkahir untuk 3rd year students..haha..lawak kan..tp kmi x rse ceria pun dpt award cmtu..hdp kmi ttp serabutt..huhu..(-_-)

Tuesday, June 9, 2009

9hb 6 2009



Edisi kali ni adalah untuk melepaskan ke tensenan...heee..xdelah..juz arini... Arini adalah ari kmi menjatuh suma barang n ari kmi menjatuhkan dri sdri..huhu.. Kmi rse cedey rini..1st, pg2..kmi salah bawak record book pi community medicine n kmi x dapat attendence..lecturer tu tnyer kmi "where ur record book?" kmi habaq la.."sorry sir, actually i bring the wrong 1" sambil menunjukkan buku yg kmi salah bawak tu..pastu lect tu kata lagi " so,what u expect me to do?? go to ur house n bring it here? no attendence for u"..huu..pedih kot kene..pe lg..kuaq je la..-tamat-
****
petang kt dlm claz praktikal , kmi terlanggar record book yg bdk2 antaq kat lecturer..yg susun tggi2 tu..abeh jatuh suma..suma org gelak kt kmi..lecturer pun geleng kepala ja..huu..awatnya kmi sgt clumpsy arini..huuuu..-tamat-

****

Dalam perjalanan balik, kmi bawak moto..dh nak smpai umah dh..kmi jatuh moto..jatuh yg kmi x sedaq pun cmna ley jatuh..just loss balance..slow jer pun..sedar2 jatuh dh..luka abes lutut siap koyak suar suma..huhu..pahtu kmi jatuh tu plak kt depan Kedai makan Daily Fresh yg mmg student2 kita abeh jer kuliah duk lepak n mkn kat ctu..n td mmg sgt ramai la yg tgk...xtaw pe ntah perasaan kmi..x malu pun..biaq la depa tgk..just kmi cam x caya kmi ley jatuh..cian kwn kmi..x pasal2 kne gak disebabkan kelalaian kmi..tp kmi rse lega sket la sbb dier x luka pape..kmi jelah yg koyak lutut ni..huuuuuu..x pasal2 kne cpt pi amek tetanus injection..cari mlm ni suma clinic x wat..tggu kmi pi clinical posting kt sepital sok bru dpt wat injection tu..huu..-tamat-

***

Kmi ngn housemate ada giliran memasak..n arini adalah turn kmi masak..wlpun kaki sakit..kmi masak gak..tp sekali lagi..kmi jatuhkan blender smp patah pemegangnyer..huuuuuuu..apakahhhhhhh kmi niiiiiiiii !!!!!!!!..mmg berslah sgt2 kot kt kwn2 sbb blender kt cni sgt mahal..x mcm malaysia..jgn risau eaaa..kmi akan ganti blk..

***
kmi rse mesti kmi ada wat dosa n kesalahan..ALLAH terus bayar cash kt kmi..huhu..Ya, ALLAH ampunilah dosa hmbaMu ini...(~_~)/

Monday, June 1, 2009

Sekadar Renungan..


Ummi, Aisyah Gagal Exam...


“Kring…kring..kring…”aku bergegas mengangkat telefon. Seusai mengangkat telefon, kedengaran suara anak sulungku, Aisyah di talian teresak-esak menangis. “Ummi, Aisyah sedih,” katanya. Kaget aku seketika. Kenapa dengan anakku ini, setahu aku, Aisyah seorang yang sangat susah untuk menangis. “Aisyah, boleh ummi tahu kenapa Aisyah menangis tiba-tiba ni? Ada sesuatu yang buruk terjadi ke?” aku bertanya. “Ummi, hari tu Aisyah ada cerita kan pasal exam Aisyah yang susah. Aisyah ‘fail’ ummi.” Serentak dengan itu, makin kuat esakannya. “Aisyah , tidak mengapa, sabar Aisyah, ummi tahu, Aisyah dah berikan yang terbaik. Allah pun tahu Aisyah dah usaha sungguh-sungguh untuk paper Aisyah yang satu ni,” pujukku. “Ummi, Aisyah sedih. Kawan Aisyah banyak yang lepas ummi, Aisyah seorang saja yang tersangkut ummi,” katanya dalam sedu sedannya. “Aisyah, sabar sayang, banyakkan istighfar, nak.” Pilu hatiku mendengar esak tangisnya. Teringat aku pada peristiwa yang sama yang pernah terjadi padaku dua puluh lima tahun yang lalu. “Aisyah, tidak mengapa, gagal sekali ni bukan bermaksud gagal selama-lamanya. Aisyah masih ada peluang nak baiki mana yang silap, yakinkan mana yang ragu, sebab Aisyah masih belajar. Nanti Aisyah masih ada peluang untuk ulang semula paper ni kan?” soalku. “Ummi, tak sama ulang semula dengan tak perlu ulang semula. Aisyah malu.” “Aisyah, malu yang diajar islam bukan begitu caranya. Kita perlu malu kalau kita buat salah dengan Allah, tak ikut apa yang Allah suruh buat, buat apa yang Allah larang. Lulus atau gagal ini letaknya di tangan Allah, Allah dah tetapkan sejak azali lagi. Allah tak kisah kalau kita gagal atau lulus, tapi Allah kira usaha yang kita buat untuk jawab soalan kita,belajar, berdoa, itu semua termasuk dalam nilaian Allah. Lepas tu, keputusan itu di tangan Allah, dan kita sebagai umat islam diajar untuk redha dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita selepas kita dah berusaha dan bertawakal. Sepatutnya Aisyah, kita kena rasa malu kalau kita tak percaya dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kita,” nasihatku. “Tapi ummi, perit sungguh rasa ni. Ummi, kenapa Aisyah ummi..Aisyah rasa tak cukup kuat pun nak hadapi ujian Allah ni,” esaknya. “Aisyah, manusia ni pertimbangannya tak jauh. Ilmunya terhad, tak pernah sama dengan ilmu Allah. Yakinlah Aisyah, kalaupun Aisyah tak nampak, bahawa ini adalah yang terbaik untuk Aisyah. Jangan cakap seperti itu nak, itu tanda orang putus asa, Allah tak suka orang yang berputus asa,” pesanku. “Aisyah, ingat tak ayat Quran yang ummi ajar Aisyah baca setiap pagi.. “Allah tidak membebankan seseorang melainkan dengan kesanggupannya….” (Al-Baqarah : 286) “Aisyah, dalam ayat ni, Allah dengan jelasnya beritahu bahawa dia tidak akan uji kita kalau kita tak mampu. Ini kata-kata Allah Aisyah, yang tiada ragunya, yang sentiasa benar dari dulu hingga kini, kata-kata dari pencipta kita.,” katanya. “Ummi, Aisyah tahu….tapi, susahnya ummi nak terima hakikat ni,” katanya. “Aisyah sayang, ini barulah apa yang kita katakan praktikal dari apa yang kita belajar selama ini. Kalau dulu, ummi asyik ajar Aisyah teori bersabar, inilah waktunya bila mana Aisyah kena praktikkan sabar itu. Ummi tahu, ia memang manis dan sedap untuk diucapkan, tetapi hakikatnya susah untuk dilakukan. Sebab tu orang yang banyak bersabar ni ganjarannya tinggi di sisi Allah.” “Aisyah, cuba kita tengok kisah Rasulullah dulu. Sayang Allah padanya, Allah uji dengan pelbagai ujian, Allah uji dengan kaum Mekah yang tidak jemu-jemu menentangnya, Allah uji dengan perginya orang-orang yang tersayang ketika baginda sangat-sangat memerlukannya, Allah uji dengan macam-macam lagi bentuk ujian. Allah tak bagi Rasulullah kemenangan dengan mudah, kerana Allah nak ajar Rasulullah s.a.w. dan umatnya bersabar itu bagaimana. Sabarlah Aisyah, Allah sayang padamu, sebab tu Allah uji dengan ujian sebegini rupa, sebab Allah nak Aisyah lagi dekat padaNya, Allah nak bagi peluang dekat Aisyah tambah pahala berlipat ganda dengan banyak-banyak bersabar.” “Aisyah, kadang-kadang, gagal inilah yang akan memacu kita untuk lebih berjaya. Bersyukurlah sayangku, sebab Allah tunjuk kelemahan kita sejak dari mula lagi, Allah bagi kita peluang untuk baiki segala kesilapan kita dari awal supaya kita berjaya dengan cemerlang kelak. Allah ajar kita untuk pandai bahagikan masa antara kerja persatuan dan pelajaran, sebagai langkah awal sebelum menempuh alam rumahtangga yang pastinya lebih mencabar kelak.” “Ummi, Aisyah rasa Aisyah dah bagi yang terbaik ummi,”katanya. “Aisyah, sebab tu ummi kata, pengetahuan manusia ni terhad. Kita sukar untuk nampak hikmah di sebalik sesuatu peristiwa. Mungkin apa yang Allah nak didik Aisyah ialah kemenangan dan kejayaan kita bukan terletak pada banyak mananya usaha yang telah kita buat, tapi pada rahmat dan kekuasaan Allah.” “Aisyah ingat tak kisah perang Hunain di mana bilangan umat islam yang ramai tidak menjamin kejayaan mereka. Kenapa agaknya Aisyah?” tanyaku. “Kenapa ummi?” tanyanya berminat. “Kerana bilangan yang ramai itu telah menyebabkan mereka lupa untuk bergantung penuh pada Allah, mereka merasa mereka kuat dengan tentera yang banyak, walhal kemenangan itu terletak pada tangan Allah. “Samalah dengan usaha kita yang banyak. Usaha itu diibaratkan sebagai pancing untuk meraih rahmat dan redha Allah yang akan menentukan kejayaan atau kemenangan kita kelak.” ceritaku. “Ummi, Aisyah rasa Allah nak ajar Aisyah untuk jadi hamba Allah yang betul-betul hamba, tanpa ada secebis pun rasa aku hebat dalam diri. Mungkin benar apa yang ummi cakap, sebab sebelum ni Aisyah kan sentiasa senang, cemerlang dalam segala-galanya. Nombor satu dalam kelas perkara biasa, semua ‘A’, pelajar terbaik sekolah sampai mungkin Aisyah terlupa untuk mengembalikan rasa syukur itu kembali kepada Allah,” jawabnya. “Alhamdulillah, itulah yang ummi cuba sampaikan. Itulah yang dinamakan ujian dalam nikmat, yang mana kita selalu terlupa, bak Qarun yang terlupa untuk ingat Allah dengan banyaknya harta yang dimiliki.” kataku. “Nauzubillah ummi, Aisyah tak nak jadi macam tu ummi.” katanya. “Begitulah sayang, Allah suruh ambil pengajaran dari kisah-kisah terdahulu,” nasihatku. “Terima kasih ummi, Aisyah rindulah nak jumpa ummi. Baiklah ummi, Aisyah akan usaha sungguh-sungguh lepas ni dan berdoa dan berharap betul-betul pada Allah.” janjinya. “Alhamdulillah nak, kita kembalikan semuanya kepada Allah,” tambahku. “Baiklah ummi, azan dah berkumandang tu, Aisyah solat dulu. Terima kasih lagi sekali, my dearest ummi.” katanya. “Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, ummi,” katanya menutu bicara. “Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, anakku,” balasku. Gagang telefon kuletak perlahan. Tanpa kusedari, air mataku bergenang, teringat perbualanku dengan ummiku 25 tahun yang dulu, yang nasihat dan perangsangnya telah banyak membantuku menjadi seorang doctor pada hari ni. Ummi, Ana rindu ummi juga…