Monday, January 31, 2011

Kenapa doktor??


~Wink2~

Tak dinafikan setiap orang ade cerita masing2 kenapa mereka memilih bidang perubatan sbg profesion...
Justify Full
Something to share


masa sy mengikuti program Jalinan Sahabat Seluruh India (JASSI) 2009 dimana ia mengumpulkan sume pelajar malaysia yg mengambil jurusan perubatan di India, dlm 1 sesi program, penceramah yg dibawa dari Malaysia ada bertanya kpd kmi "KENAPA NAK JADI DOKTOR?"

rata-rata jawapan yg tipikal.. 'sbb sy nak tolong orang'...'mak ayah sy doktor..jadi sy pun jadi doktor'..ade jugak yg jwp 'sy tak mo jadi doktor ni..mak sy yg suruh'...'mmg cita-cita sy dari kecik nak jadi doktor'...'jadi doktor ni masyarakat pandang tinggi'..tak kurang juga ada yg jwp ' sbb gaji banyak' dan 'result SPM sy bagus sangat...xde course yg sesuai ngn result sy selain medik' *lucu*

Jawapan sy pula.."TIADA SATU PUN DIATAS" hehe

Saya tak pernah terpikir or terlintas dihati nk jadi doktor...ok ok admit pernah la time sekolah menengah dulu bila cikgu tanya cita-cita nak jadi ape..sy jwp doktor..tapi..tapi..tapi..sy jwp doktor sbb ikut kawan n tak taw nk jadi ape..doktor pun doktorlah..jnji jawap soklan cikgu..heee *hopeless kan even dh sekolah menengah tp still xde cita2*..ingat nak jadi lawyer or cikgu..tp nk bercakap pun malu, ni kan pula nk berdebat or mengajar depan khalayak ramai..hmm..eh..eh..merapu lak..

Dimana sy berada skg adalah like the flowing river* leen pinjam sat ayat hmp naa..hii* just follow the flow...jika haluan berubah..maka berubah lah sy mengikut haluan tu...tak pernah sekali pun menentang arus..

Dipendekkan cite..bila dpt offer sambung medik...solat istikharah & solat hajat sampailah hari fly..mohon ALLAH beri petunjuk ape yg terbaik untuk diri ini...jika ini jalan terbaik untuk agamaku..maka permudahkanlah...amin

Bila dah berada di India...pada tahun-tahun pertama..for the sake of pass exam..sy just study without passion...sampailah satu hari pengisian usrah yg sy ikuti sepanjang berada dicni membincangkan perihal kenapa nak jadi doktor ni membuka mata sy..

Memilih untuk menjadi doktor ni sy umpamakan seolah-olah kita memilih restoran baru untuk makan malam bersama keluarga..kriteria pilihan haruslah nmpk ekslusif dan mewah, makanan yg kelihatan sedap even tak tau lg rasanya camne...dan tak kisahlah walaupun harganya mahal..tetap pergi ke situ kerana popularitinya.

Pada saat kaki melangkah masuk ke restoran tersebut..perasaan teruja pasti ada sbb ni lah tempat yg diidam-idamkan sejak dulu...bila dah mula menjamah makanan, oleh sbb tak teliti dahulu jenis makan yg dipesan krn yakin dari rupanya..makanan tersebut pasti sedap..tiba2 rasa tak sesuai dgn citarasa...makan malam yang sepatutnya indah bersama keluarga bertukar sebaliknya...kecewa krn indah khabar dari rupa..oleh kerana harga makanan yg mahal..tetap diteruskan juga dari pergi ke restoran yg kita tahu sesuai ngn selera dan kemampuan diri sdri..natijahnya tersimpan perasaan menyesal seumur hidup..

adehh..ley smp ke msg ni?? kuat merepek..huuu*ketuk-ketuk kepala*

camnilah..in simple words...mostly kita pilih nk jadi doktor sbb minat...tapi minat tu dtg dari mana klu kita sdri tak pernah merasainya?? jelas-jelas minat tu cume dtg dari populariti profesion doktor tu semata-mata..semangnya lumrah manusia ingin bergaji besar, dipandang tinggi dan dihormati..sy tak kata sume tu salah..wlpn sedar sume tu cume perhiasan duniawi..sejujurnya..sy pun mahukannya...bukan skdr untuk dri sdri..tp juga keluarga..bukan jadi doktor je taw kita mampu dpt semua ni..

Sabda Nabi Muhammad S.W : "Berkerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup 1000 tahun lagi dan beribadatlah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari"

dalam memilih apa jua profesion...kenal pasti ciri-ciri kelebihan diri yang sesuai dgn profesion yg dipilih...bekerja bersama kelebihan diri..insyallah minat akan dtg..yg menjanjikan individu seperti apakah kita ini pada masa hadapan dlm profesion yg dipilih..


Camtu gak seandainya pada peringkat awal kita memilih untuk menjadi doktor kerana minat..tp bila kita sedar tak sesuai dgn jiwa krn profesion doktor ni hakikatnya indah khabar dari rupa..dan jika kita mempunyai kelebihan dri yg tak kene dgn profesion ni...tp ttp teruskan..hasilnya pasti dri kita sdri yg lebih tahu kan...

klu dah terlajur amek course medik..tak semestinya amek medik ni kita mesti jadi doktor...nk jadi fulltime housewife saja pun bolehh..heee..ok joking...nk jadi cikgu, jurutera, tentera...apa2 pun boleh..yg penting kenal diri sdri..

Pada sy untuk berjaya mendapat gelaran doktor..tak memerlukan kita sehestinya seorang yg bijak ataupun seorang yg genius..cukup sekadar kuat daya ingatan, rajin study dan menghafal yg mana sy yakin sume org mampu lakukan...tp untuk menjadi doktor yg berjaya..kita perlukan lebih dari tu..ketulusan hati, ikhlas, sabar...kesemua ciri insan kamil perlu ada..

Hmm...jika dah tertulis sejak di luh mahfuz lagi..anda seorang doktor...maka jadilah seorang doktor yg bukan sekadar ordinary doktor tetapi "EXTRAORDINARY DOCTOR"..Insyallah

~~Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sdri yg mengubahnya~~

Nota hati: to harishah MD..maaf eh lambat bagi jawapan..bizi sket akhir2 ni sbb nk exam..hee..harap soklan kmu sket sebanyak terjawap..~~wish u all d best!~ (^_^)


3 comments:

  1. salam dr izzah,
    sy kecik2 dulu pun slalu ckp nk jdi doc. (jwb kat guru sambil kembang kempis idung)

    setelah byk mbaca blog student medic ni, saya lebih memahami ssh pyh mjadi seorg doctor.

    tetapi utk mjadi "EXTRAORDINARY DOCTOR" tu mmg lagi pyh dan ianya saya yakin wujud dlm diri dr izzah.

    slmt maju jaya.

    p/s-alhamdulillah semakin ramai doctor yg blatar belakangkn pendidikan agama dlm masyarakat kita.

    ReplyDelete
  2. Wslm pakcik..
    terima kasih sbb pakcik sudi meluangkan masa membaca tulisan-tulisan sy..nek segan rasanya..hee..yelah cume tulisan-tulisan biasa..

    jadi extraordinary tu aim saja pakcik..biasalah kita ni nk aim tinggi2 je..tp diri jauh kekurangan..cuma klu aim tinggi, jatuh pun xdelah 'berdebuk' sgt kan..hehe

    semoga kata2 pakcik jadi doa buat sy..amin

    p/s:pakcik lah extraordinary person dan extraordinary patient yg pernah sy kenali..semoga sentiasa dlm lindungan Allah(^_^)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum kak izzah.

    1. terima kasih jawab soalan sy. dan maaf sebab baru skrg nak komen. sbb sy baru dpt on9, baru blk bercuti dgn family.

    2. sy masih blur. hehe. ok kak, sy tanya ni sbbnya sy tatau kenapa nak jd doktor. macam yg akk tulis, jawapan2 tipikal bila penceramah tu tanya. hmmmmmmmmmmmmm i cant find any reason to be a doctor. it's just somehow, i wanna give more than i could and my instinct says, 'yes, this is the way, a doctor u should be'. tp sy tau ni bkn jawapan yg bijak bila sy kena interview utk kelayakan masuk ke uni ireland nanti.

    3. thanks akk. sy akn trs cari 'kenapa nak jadi doktor' punya jawapan utk dijawab bila interview nanti. sbb secara peribadi, sy ada jawapan itu, tp mungkin interviewer takkan faham. terima kasih kak :)

    4. bittaufiq wajanah utk exam :)

    ReplyDelete