Saturday, January 22, 2011

To Blog "aku HIV positif"

Assalamualaikum..

Sebenarnye secara kebetulan saja sy terbaca blog "aku HIV positive" ketika meng'googgle' info tntg HIV..Maafkan sy sebab tak membaca blog tu secara keseluruhan * kini sy sudah* (^_^)

Boleh sy panggil pakcik?


Sy terpanggil untuk membuat entry ini krn sy kagum dengan ketabahan dan sikap positif yg ada pada pakcik dalam menghadapi hari-hari mendatang...semoga sy juga dapat mencontohinya..Insyallah..sy menyokong sepenuhnya apa yg pakcik tulis dlm entry "TERIMA KASIH DOKTOR"...sy yakin akan jnji ALLAH..
"Sesungguhnya ALLAH takkan menzalimi hambanya dan ujian-ujian yang diberikan adalah bersesuaian dengan kemampuan hambanya"...

Emosi


Bila sy baca entry"Peristiwa sebelum disahkan HIV posistif (1 & 2)" perasaan sy bercampur-campur..sedih..simpati..tapi lebih kpd marah sebenarnye bila mengetahui tntg kisah fail hilang, kemungkinan human error, bone marrow biopsy yg dilakukan berkali-kali, MO yg tak memberitahu keadaan pakcik dgn jelas..pada sy hal-hal sebegini tak dapat diterima...pakcik mempunyai hak sbg pesakit..sy ingin pesakit bijak...tidak hanya menyerahkan diri secara membuta-tuli untuk dirawat tanpa dijelaskan apa-apa yg ingin dilakukan keatas mereka.

terus terang sy banyak menunding jari...tapi lepas membaca tulisan-tulisan pakcik...sy insaf...mengapa perlu menunding jari..maaf atas kelemahan diri..mungkin sy terbiasa dgn system etika perubatan di India dan masih tak matang dlm bidang ini..dan sy masih ada 1thn lagi untuk diteruskan(-_-)


History


Berdasarkan rentetan peristiwa dari pakcik mengalami pendarahan pada gusi & bibir dan mengetahui keadaan pakcik yg disahkan pesakit diabetis...emm..dari pengalaman sy yg masih belajar melihat doctor pakar mengendalikan pesakit..sy berpendapat kes pakcik tak dikendalikan dgn baik dari peringkat awal menyebabkan boleh sampai pada peringkat dijangkiti HIV..

perkara sebegini membimbangkan...klu pun tak terjadi pada pakcik..mungkin pada sy dan org lain..pada ketika itu alasan human error saja adalah xboleh diterima...ia adalah kecuaian yg boleh dielakkan dengan usaha suma pihak..


Bagi seseorang yang mempunyai penyakit diabetis, diketahui adalah pesakit yg mempunyai tahap immunity badan yg rendah, yg mana sgt mudah mendapat jangkitan, termasuklah virus HIV ni...jadi cara pengendalian pesakit seperti ini perlu berhati-hati dan perlu mendapat perhatian yg lebih..blood transfusion pula adalah merupakan pilihan terakhir dlm ape2 pun kes yg pesakit alami...

*boleh sy tahu paras platlet pakcik sebelum diberi blood tranfusion?*

emm..bagi mereka yg normal, jika ada virus HIV dlm darah yg diterima, tetap xkan dijangkiti virus ini krn tahap imunity badan yg tggi mampu menyekat virus ni dari membiak dlm badan..namun begitu, sy tak tahu tahap mana keadaan diabetis pakcik..mungkin pakcik boleh bagitahu nnt..


Progression


Bagi kebanyakkan pesakit yang disahkan HIV posistif...progression penyakit mengikut secara teorinya adalah 10 tahun..mugkin kurang..tapi mugkin juga lebih..bergantung dengan pesakit tersebut...mereka perlu lebih peka tntg kebersihan diri dan mengawal diri dari sebarang jangkitan..progression penyakit Aids boleh dilambatkan jika rawatan diberikan dgn baik dan sempurna..

Belajar

Boleh sy tahu juga apakah rawatan yg pakcik jalani kini?

Sy ingin meminta keizinan pakcik...jika diizinkan,sy ingin belajar dari kes pakcik dan dikongsikan dengan rakan-rakan sekelas sy...oleh itu, bnyk perkara yg ingin sy ketahui..tapi jika tak dizinkan..tak mengapa..itu hak pakcik..hmm..di India ni, kes2 seperti ini sgt diberi perhatian dan dikendalikan dgn baik..semoga kmi mampu mengendalikan kes2 seperti pakcik dimasa hadapan dgn lebih baik dan membantu rakyat Malaysia..itu harapan sy...Amin




Nota hati: andai ada tersalah bicara...ayat-ayat sy yang tak dapat difahami..tersalah fakta...harap dimaafi..sy budak baru belajar & mahu belajar.

5 comments:

  1. salam dr, (dah boleh panggil doktor, kan? :D)

    subhanallah... pakcik jadi malu kerana terlalu besar perhatian dan sokongan yg diberikan kpd pakcik. jazakallah khier..

    apa2pun, pakcik tetap berpegang kepada prinsip bahawa, pakcik tak menuding jari kepada sesiapa sbb siapalah pakcik dlm bidang perubatan.

    lagipun pakcik dah penat mencari punca, bertanya kenapa & mengapa pada diri sendiri. pakcik mahu fokus terhadap proses rawatan dan menikmati sisa2 kesihatan yang dipinjamkan-Nya. mungkin pakcik betul, mungkin salah dan pakcik bukan mencari simpati.

    mmg pun antara tujuan blog supaya diambil iktibar oleh sesiapa sahaja yg berminat utk mengkajinya. silakanlah. pakcik cuma berkongsi pandangan mengikut perspektif sebagai seorang pesakit. pendapat klinikal, biarkan mereka yg berkelayakan mengkajinya. smoga ada manafaat bagi org lain. nak kutuk sekalipun pakcik tak kisah sebab tu pakcik buka ruangan komen

    alhamdulillah setakat ini pakcik amat bersyukur semua ahli keluarga pakcik bebas daripada virus ini. pakcik dah berkahwin selama 21 tahun, logiknya kalau virus ni dah lama, mereka pun akan dijangkiti.

    mmg pakcik mengaku terlalu naif tentang prosedur rawatan dan hak2 sebagai pesakit. maklumlah kita 'sihat', jadi langsung tak peka. tak pernah masuk hospital pun sebelum ini. bila masuk hospital seolah2 semuanya berlaku scara tiba2 dan terlalu pantas. saudara mara yang ada pengetahuan professional di bidang perubatan pun tak ada.

    selain itu, doktor mmg memerlukan skill komunikasi yg tinggi. jika bersikap acuh tak acuh memberikan jawapan, mmg pesakit rasa keliru. maklumlah, pesakit awam mcm pakcik dah serahkan 100% kepercayaan kpd mereka.

    nanti pakcik cuba upload maklumat2 berkenaan (setakat yang ada) dan berkongsi pengalaman seterusnya tetapi secara beransur-ansur akibat kekangan masa.

    selamat maju jaya.

    p/s- pakcik copy paste entry ni utk publishkan semula di blog pakcik sebagai dokumentasi ya.

    ReplyDelete
  2. Wslm..heee..sy tak layak lagi dipanggil dgn title tu lg pakcik...malu lak rsenya..sy masih belajar lg sbnrnye..huhu

    Err..maaf ye klu ade kata-kata sy yg menyinggung dlm entry tue..sangat sangat tak berniat...

    sebenarnye bila pesakit awam tak tahu hak-hak mereka sbg pesakit dan tak tahu tntg prosedur rawatan..bukan salah pesakit..ttp pd sy lebih kpd keadaan sistem perubatan & kesihatan di hospital negara kita yang seolah-olah menyekat org awam dari mempunyai pengetahuan tntg perkara-perkara tersebut..

    benar kata-kata pakcik..mungkin sy juga perlu berhenti menunding jari dan berusaha memperbaiki dri..itu lebih baik kan..

    Semoga pakcik dan keluarga terus tabah..doa sy semoga ujian darah HIV pakcik untuk kali ke-2 akan jadi negative..amin.."kun fayakun" (^_^)

    ReplyDelete
  3. salam

    moga AHP sentiasa sabar n tabah.

    ReplyDelete
  4. Jadi begitulah undang2 dimalaysia ini,rakyat tidak dibenarkan untuk mengetahui prosedur ys digunakan,senang kata kena ikut mcm lembu dicucuk hidung,bukan setakat politik shj yg kena angguk/yes bidang2 lain pun sama untuk keuntungan sebelah pihak,tanya pak cik tu dia kenal sy melalui emel laaa,kerana prosedur sebegini yg menguntungkan sebelah pihak sampai hari ni sy terus menganggur selepas dibuang kerja,konon tertakluk pada prosedur2.....

    ReplyDelete
  5. saya pernah buat physio, masa kat kena physio tu, sifat curious saya membuat saya membelek fail saya sendiri yang berada diatas meja pakar fisio itu..then she snap..

    "its confidential"

    saya pandang muka dia, senyum je. what the heck I not even can read my profile?!

    haha

    ReplyDelete